Image Hosted by ImageShack.us

Sesiapa Yang Berminat Mentadbir Blog ini.

Ada sesiapa guru/kakitangan/pelajar mahupun penduduk di sekitar Bukit Rokan Utara yang berminat mentadbir blog ini. Saya sedia menyerahkan Passwordnya secara FREE jer. Sayang sekali kerana blog ini tidak dikemakinikan dengan berita - berita terkini sekolah tersebut. . Malahan Domainnya pula saya sudah ambik iaitu SKBRU. So ia agak mudah untuk di ingat berbanding sebelumnya. Bagi sesiapa yang berminat , sila hubungi saya. Jangan risau, T saya akan ajar bagaimana nak uruskan blog ini. Thanks.

Anugerah Sekolah Cemerlang 2007

Tahniah kepada SKBRU Gemenceh kerana telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori FELDA pada 23 November 2007 di PutraJaya. Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Husein. Syabas juga diucapkan kepada semua warga sekolah tersebut terutama guru - guru dan barisan kakitangan yang sama - sama membantu menaikkan imej sekolah tersebut di peringkat Malaysia. Kepada Guru Besar Sekolah En. Abdul Rahman Bin Samad. Tahniah buat anda kerana matlamat dan visi anda untuk mengharumkan nama sekolah tersebut di peringkat kebangsaan sudahpun tercapai. Usaha beliau memperkenalkan sukan Kriket dan Golf telah mendapatkan hasil yang cemerlang. Tahniah buat semua pelajar sekolah SKBRU yang sama - sama berganding bahu menjadikan sekolah anda terkenal. Kepada PIBG dan ibubapa pelajar. Anda patut bebbangga dengan percapaian tersebut. Tahniah buat SKBRU . Gambar di sebelah adalah pelajar yang bernama Siti Izwani bersama Guru Besar SKBRU telah menerima Anugerah Pingat Emas Sukan Golf Kebangsaan Malaysia.

( Untuk maklumat anda Laman Web ini telah di tukar kepada www.skbru.blogspot.com di mana alamat lama dahulu terlalu panjang. Sekiranya anda ada sebarang berita, nukilan dan ucapan kepada SKBRU silalah emailkan kepada saya di kembara_dca@yahoo.com atau klik comment di bawah itu.

- Berita Nasional -


Sekolah Bukit Rokan bina padang golf


TAMPIN: Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (SKBRU) di sini, melakar sejarah apabila menjadi sekolah rendah pertama di negeri ini membina padang golf dalam usaha memperkenalkan sukan itu di kalangan muridnya yang kebanyakan anak peneroka Felda.



Kerja asas pembinaan padang golf yang membabitkan perbelanjaan hampir RM100,000 itu diusahakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan serta Felda. Dimulakan awal tahun lalu dan dijangka siap tahun depan.



Projek itu yang dijangka menjadi tarikan unik di SKBRU, diusahakan selepas kawasan seluas 2.5 hektar berhampiran sekolah itu dikenal pasti sesuai untuk dijadikan padang golf.



Guru Besar SKBRU, Abdul Rahman Abdul Samad, berkata pembinaan padang golf sembilan lubang itu mendapat sokongan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).



“Cadangan mempunyai padang golf sendiri timbul apabila sekolah ini mula menyertai pertandingan kriket bawah 12 tahun sehingga berjaya menjadi johan kebangsaan selama empat tahun berturut-turut.



“Pihak sekolah ingin memperkenalkan pula sukan golf kepada anak-anak peneroka yang ramai belajar di sekolah ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.



Abdul Rahman berterima kasih kepada pengurusan Felda wilayah dan negeri kerana menjalankan kerja asas seperti menebang pokok serta meratakan tanah bagi merealisasikan hasrat berkenaan.



Pembinaan padang golf itu turut mendapat sokongan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor yang juga Ahli Parlimen Tampin dan Adun Gemencheh, Mohd Kamil Abdul Aziz.



Bagi menampung kos menanam rumput serta menimbus pasir di kawasan tertentu di padang golf itu, sekolah berkenaan memohon sumbangan daripada enggemar sukan golf serta badan korporat.


Anda Boleh ikuti Komen - komen pembaca mengenai reaksi ini di :


KLIK DI SINI - KOMEN PEMBACA

Pengenalan

Oleh Razali Pilus

SK Bukit Rokan Utara Satu - satunya Ada Lapangan Golf

TAMPIN, 17 April (Bernama) -- Walaupun terletak di kawasan luar bandar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, mencipta rekod sebagai sekolah pertama di negara ini yang mempunyai lapangan golf.Inisiatif sekolah itu mewujudkan lapangan golf tujuh lubang di kawasan seluas 4.05 hektar itu membolehkan anak-anak peneroka Felda turut menceburi permainan yang sering dikaitkan dengan golongan elit.Guru besar sekolah itu Abdul Rahman Abdul Samad mencetuskan idea tersebut selepas kejayaan sekolah itu muncul johan tiga tahun berturut-turut sejak 2004 dalam sukan kriket bawah 12 tahun peringkat kebangsaan."Berdasarkan kejayaan program pembangunan sukan kriket sekolah ini, ia mencetuskan idea kepada saya untuk mewujudkan pula program pembangunan sukan golf," katanya kepada Bernama di sini.Katanya beliau berpegang kepada pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "melentur buluh biar dari rebungnya" untuk melahirkan jaguh sukan golf negara pada masa depan.Mengimbas kembali persediaan awal kemudahan itu, Abdul Rahman berkata mereka mula membersihkan kawasan hutan di sekolah itu pada 2004 dengan kerjasama dan bantuan pengurusan Felda serta Majlis Daerah Tampin.Katanya kerja-kerja pembersihan itu menelan belanja kira-kira RM16,000.Katanya pada Januari 2005, seramai 20 murid tahun satu hingga tahun enam di sekolah berkenaan dipilih mengikuti latihan selepas waktu persekolahan selama sejam dari Isnin hingga Jumaat.Latihan bermula pukul 5 petang pada hari persekolahan manakala dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu dan Ahad, katanya."Latihan ini bagaimanapun tidak menjejaskan pelajaran mereka kerana diadakan selepas waktu sekolah," katanya.Abdul Rahman berkata pada peringkat awal, pihak sekolah hanya mampu menyediakan dua set kayu golf junior dan 36 biji bola yang digunakan secara bergilir-gilir oleh pelajar."Memandangkan harga bola agak mahal, pada peringkat awal pelajar terpaksa menggunakan buah kelapa sawit untuk melakukan pukulan," katanya."Namun kepayahan ini akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa pemain kami mula meraih kejayaan pada pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MSSMNS) pada tahun tersebut (2005), 2006 dan tahun ini," katanya.Menurutnya seramai 30 pemain kini mengikuti latihan di pusat itu di bawah jurulatih Zainal Bador. Mereka juga turut mendapat kerjasama dan khidmat nasihat daripada Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC).Antara pemain yang menonjol setakat ini ialah Nur Adila Norsam, Siti Nur Izwani Othman dan Nur Aniza Masri yang terpilih mengikuti program pembangunan junior kebangsaan Persatuan Golf Malaysia (MGA) di SIGC.


SKBRU MENCIPTA NAMA

By RAZALI PILUS

TAMPIN: In Gemencheh, near here, is a golf course with only seven holes. It belongs to SK Bukit Rokan Utara, the first school in the country, and a rural school at that, to “own” a golf course.
The initiative of the school to establish the golf course on 4.05ha has enabled children of Felda settlers studying there to indulge in a game often associated with the elite.

Sharpening their skills: Pupils working on the swing during the training programme at their school’s golf course. — BernamaHeadmaster Abdul Rahman Abdul Samad hit on the idea of a golf course after the school emerged champion for three consecutive years from 2004 in the national under-12 cricket tournament under the school’s cricket development programme. “The success of the cricket programme gave me the idea to start a golf development programme,” he said.
He said he subscribed to the Malay saying “melentur buluh biar dari rebungnya (to shape bamboo, one must do it from the shoot),” meaning the best time for children to acquire a discipline is when they are still young.

Abdul Rahman said clearing the jungle for the golf course began in 2004 with the collaboration and assistance of the Felda management and the Tampin district council. He said it cost about RM16,000 for the clearing work. In January 2005, 20 pupils from Years One to Six were selected to undergo training from 5pm on Mondays to Fridays, and between 8am and noon on weekends. Abdul Rahman said initially, the school could only make available two sets of junior golf clubs and 36 balls, which the pupils used on a rotation basis. “As the cost of the golf balls was high, the pupils even played with oil palm seeds,” he said. The school's efforts paid off. Several of its golfers won in tournaments at the level of the Negri Sembilan Malaysian Schools Sports Council in 2005, 2006 and this year, he said. He said 30 golfers were undergoing training under coach Zainal Bador, with advisory services provided by the Seremban International Golf Club (SIGC). Among the outstanding players are Nur Adila Norsam, Siti Nur Izwani Othman and Nur Aniza Masri, who have been selected for the national junior development programme by the Malaysian Golf Association at the SIGC. Abdul Rahman said the school received an allocation of RM30,000 from the state sports council in 2005 and 2006, and RM20,000 this year to buy equipment, pay the coaches and maintain the golf course. – Bernama





Berita dipetik daripada Utusan Malaysia

SEREMBAN – Pemain kriket kebangsaan, Mohd. Shafiq Mohd. Shariff dan perenang kebangsaan, Chai Sook Fun dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) 2005 di sini, semalam.

Mohd. Shafiq menewaskan dua calon lain iaitu Alvin Yeow Jian Shing (perahu layar optimis) dan Mohamad Arif Ab. Latif (badminton), manakala Sook Fun menewaskan pesaing tunggalnya, Siti Nurul Ain Abd. Rahim (lontar peluru).Kedua-duanya menerima wang tunai RM600, sijil, piala pusingan dan hadiah iringan serta pakaian sukan yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.Antara pencapaian terbaik yang diraih Mohd. Shafiq tahun lepas ialah muncul johan pada kejohanan bawah 15 tahun, johan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bawah 18 tahun, johan dalam Kejohanan Antarabangsa Perisai Tuanku Jaafar dan johan Kejohanan Piala Ketua Pengarah Pelajaran. Di peringkat antarabangsa, bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara itu bersama pasukan negara mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Majlis Kriket Asia (ACC) bawah 15 tahun di Amiriah Arab Bersatu (UAE) serta mendapat tempat ketujuh pada kejohanan ACC bawah 17 tahun di Kuala Lumpur dan naib johan pada Kejohanan ACC bawah 19, di Nepal.Selain itu, Mohd. Shafiq, 16, yang kini menyambung persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria, Kuala Lumpur, juga mewakili negara pada Kejohanan Trofi Melayu Antarabangsa dan muncul sebagai johan, Golden Hope International Invitation (tempat ketiga) dan terpilih untuk menyertai pasukan pilihan Asia di Pakistan dan perlawanan pendedahan di Australia.


Sementara itu, Sook Fun, 17, bekas pelajar SMK Bukit Mewah di sini dipilih berdasarkan kejayaannya memenangi dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa pada Kejohanan Akuatik MSSM 2005 serta memenangi lima emas, empat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Akuatik Peringkat Umur Milo-PRAM Malaysia Ke-41.

Sook Fun yang kini belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur, turut memecahkan dua rekod kebangsaan dan layak ke Sukan SEA Manila.Pada kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia Tenggara di Brunei, dia memperoleh satu emas dan dua perak. Kejohanan lain yang disertainya termasuk pusingan pertama Kejohanan Sport Excel/Milo/NSC Junior Championship, Pulau Pinang dengan memenangi lima emas, dua perak dan mencipta tiga rekod baru.
Pada pusingan kedua di Ipoh, Sook Fun memenangi lima emas dan mencipta rekod baru manakala pada kejohanan Sukan Institut Pendidikan Malaysia (SIPMA) di sini, Sook Fun menyumbang tiga emas dan satu gangsa untuk MSSM.Anugerah Juara Muda Putera dimenangi pemain kriket, Zubair Asyraf Norazmi manakala Juara Muda Puteri dimiliki atlet tenpin boling, Nurul Ainil Abu Razak. Kedua-dua pemenang itu mendapat RM400, sijil, piala iringan dan pakaian sukan.Pada majlis itu, ExxonMobil menyampaikan sumbangan RM20,000 untuk program MSSMNS tahun ini. Cek disampaikan oleh pengurus teknikal, loji penapisan Port Dickson, Esso Malaysia Bhd., Kamarudin Kamid.

A heart-to-heart talk that turned fruitful with parents
Fazil Mahmud
10th February, 2007

The Malaysian Cricket Association's "Meet-The-Parents' dialogue on Saturday at the Kinrara Cricket Academy was so much fruitful.

In a two-hour closed door session, MCA president YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar and vice president Mahinda Vallipuram briefed an estimated 30 parents of the National Under-19 squad of the developments that are going to take shape in the coming months leading up to 2008 World Cup in Kuala Lumpur.

Also on hand to answer queries were national director of coaching Michael John Bailey, Under-19 coaches Shahidul Alam Ratan from Bangladesh and Sri Lankan Thushara Kodika, and team manager Mohammed Iqbal Ali.

A complete '2008 World Cup programme' has been worked out for the 32 members of the Under-19 centralised training squad which among others is placement of players from schools in Penang, Perak and Johore under one roof in Kuala Lumpur so as not to disrupt the training programme.

However, the immediate concern of MCA is placing these players in KL schools.
Parents were also informed that the 18 members of the squad currently involved in the triangular series with Sri Lanka and England are also given 60 total hours of tuition classes under the guidance of qualified teachers during the on-going series.

"It was a positive sign as we wanted the parents of the players to be with us as we embark on preparing the team for the World Cup," said Mahinda. "MCA need the blessings of the parents to carry out our programme. It would have been difficult if they are not informed of it and with so much understanding now we can implement what has been planned."

"I am glad the turnout was good. I would like to have such sessions with the parents every four months if possible so that we can keep them informed of what happening."

They came from as far as Johore Baru down south and Kuantan in the east coast. Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh (Negri Sembilan) village chief Mohamed Sharif whose son Shafiq is the first choice wicketkeeper, gave his views on matters relating to welfare of cricket players upon completion of their Form Five examinations.

He was also concerned on the upcoming SPM examination this year and what MCA have in mind for his son and the other players as well. Shariff, however, was a contented dad when told the national cricketing body is currently holding talks with local universities and also recently signed a Memorandum of Understanding with the Royal Military College .

"We are talking to the Universities and colleges to accept players who meet the minimum qualification but due to the intense competition do not get selected. This will be a thing of the past. MCA is very much concerned on the welfare of the players too," Mahinda told the gathering.
Another parent, whose son is studying down south, however, surprised MCA officials when he thanked national selectors for having the confidence in his son and chided those clubs who masked themselves under the banner of "Project Squad" but played doubled standards when it came to selection.

"I am very happy that my son's hard work in training and performance on the pitch is recognized by the MCA selectors. There should not be any form of pilih kasih (favouritism) when doing selection." said the irate parent.

Well, all that goes well ends well and at the end of the day, its cricket that breeds success.

Should you have any further questions please click here to email us.
Ó Malaysian Cricket Association 2005