Image Hosted by ImageShack.us

Pengenalan

Oleh Razali Pilus

SK Bukit Rokan Utara Satu - satunya Ada Lapangan Golf

TAMPIN, 17 April (Bernama) -- Walaupun terletak di kawasan luar bandar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, mencipta rekod sebagai sekolah pertama di negara ini yang mempunyai lapangan golf.Inisiatif sekolah itu mewujudkan lapangan golf tujuh lubang di kawasan seluas 4.05 hektar itu membolehkan anak-anak peneroka Felda turut menceburi permainan yang sering dikaitkan dengan golongan elit.Guru besar sekolah itu Abdul Rahman Abdul Samad mencetuskan idea tersebut selepas kejayaan sekolah itu muncul johan tiga tahun berturut-turut sejak 2004 dalam sukan kriket bawah 12 tahun peringkat kebangsaan."Berdasarkan kejayaan program pembangunan sukan kriket sekolah ini, ia mencetuskan idea kepada saya untuk mewujudkan pula program pembangunan sukan golf," katanya kepada Bernama di sini.Katanya beliau berpegang kepada pepatah Melayu yang mengatakan bahawa "melentur buluh biar dari rebungnya" untuk melahirkan jaguh sukan golf negara pada masa depan.Mengimbas kembali persediaan awal kemudahan itu, Abdul Rahman berkata mereka mula membersihkan kawasan hutan di sekolah itu pada 2004 dengan kerjasama dan bantuan pengurusan Felda serta Majlis Daerah Tampin.Katanya kerja-kerja pembersihan itu menelan belanja kira-kira RM16,000.Katanya pada Januari 2005, seramai 20 murid tahun satu hingga tahun enam di sekolah berkenaan dipilih mengikuti latihan selepas waktu persekolahan selama sejam dari Isnin hingga Jumaat.Latihan bermula pukul 5 petang pada hari persekolahan manakala dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada Sabtu dan Ahad, katanya."Latihan ini bagaimanapun tidak menjejaskan pelajaran mereka kerana diadakan selepas waktu sekolah," katanya.Abdul Rahman berkata pada peringkat awal, pihak sekolah hanya mampu menyediakan dua set kayu golf junior dan 36 biji bola yang digunakan secara bergilir-gilir oleh pelajar."Memandangkan harga bola agak mahal, pada peringkat awal pelajar terpaksa menggunakan buah kelapa sawit untuk melakukan pukulan," katanya."Namun kepayahan ini akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa pemain kami mula meraih kejayaan pada pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MSSMNS) pada tahun tersebut (2005), 2006 dan tahun ini," katanya.Menurutnya seramai 30 pemain kini mengikuti latihan di pusat itu di bawah jurulatih Zainal Bador. Mereka juga turut mendapat kerjasama dan khidmat nasihat daripada Kelab Golf Antarabangsa Seremban (SIGC).Antara pemain yang menonjol setakat ini ialah Nur Adila Norsam, Siti Nur Izwani Othman dan Nur Aniza Masri yang terpilih mengikuti program pembangunan junior kebangsaan Persatuan Golf Malaysia (MGA) di SIGC.


3 comments:

Anonymous said...

salam...
saya mencadangkan supaya sukan golf ini diperkenalkan kepada orang-orang awam sekitarnya supaya dapat berkongsi dan mendalami ilmu golf...selain sekolah boleh "buat duit"... tak salah kan!

...X student SKBRU 88-93

Anonymous said...

tahniah...
teruskanlah usaha ini sehingga tercapai visi dan misi negara.Jadilah modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang menjelang tahun 2020.

exstudent SKBRU 99-03

Anonymous said...

betol2...kami penduduk sekitar tringin gk nk men golf... maklumlh.. dulu xde pn sukan mcm ni..

teringin
SKBRU