Image Hosted by ImageShack.us

Anugerah Sekolah Cemerlang 2007

Tahniah kepada SKBRU Gemenceh kerana telah mendapat Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori FELDA pada 23 November 2007 di PutraJaya. Anugerah tersebut telah di sampaikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin Bin Tun Husein. Syabas juga diucapkan kepada semua warga sekolah tersebut terutama guru - guru dan barisan kakitangan yang sama - sama membantu menaikkan imej sekolah tersebut di peringkat Malaysia. Kepada Guru Besar Sekolah En. Abdul Rahman Bin Samad. Tahniah buat anda kerana matlamat dan visi anda untuk mengharumkan nama sekolah tersebut di peringkat kebangsaan sudahpun tercapai. Usaha beliau memperkenalkan sukan Kriket dan Golf telah mendapatkan hasil yang cemerlang. Tahniah buat semua pelajar sekolah SKBRU yang sama - sama berganding bahu menjadikan sekolah anda terkenal. Kepada PIBG dan ibubapa pelajar. Anda patut bebbangga dengan percapaian tersebut. Tahniah buat SKBRU . Gambar di sebelah adalah pelajar yang bernama Siti Izwani bersama Guru Besar SKBRU telah menerima Anugerah Pingat Emas Sukan Golf Kebangsaan Malaysia.

( Untuk maklumat anda Laman Web ini telah di tukar kepada www.skbru.blogspot.com di mana alamat lama dahulu terlalu panjang. Sekiranya anda ada sebarang berita, nukilan dan ucapan kepada SKBRU silalah emailkan kepada saya di kembara_dca@yahoo.com atau klik comment di bawah itu.

8 comments:

joe said...

joe

lisahalim said...

SKBRU
Saya adalah salah seorang bekas pelajar pd akhir tahun 1989. Sebagai bekas pelajar saya rasa amat berbangga dgn pencapaian sekolah ini. Tahniah buat Pengetua dan Cikgu2..tak lupa kepada pelajar yg. Teruskan usaha anda

Salam
Ruslaniza Mahat
Kota Damansara
012-6510037
ps. teringat member2 lama.. kalau baca sila la contact saya....

Anonymous said...

salam.
saya juga merupakan bekas pelajar skbru dan kalau tak silap saya, ruslaniza mahat merupakan ex-classmate saya. Saya amat merasa bangga dengan usaha dan kejayaan pengetua, guru2, ibu bapa dan juga para pelajar keseluruhannya. saya harap ada kawan2 same badge yang boleh organize reunion or gathering for badge 1989.

Regards,
Rindawati Kamat
Kinrara Puchong
019-3882012
rindakamat@yahoo.com

Anonymous said...

congratulations to thread starter...its a good effort that you can make yourself there..

cheers

Anonymous said...

a`kum....
saya guru besar ucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua bekas pelajar datang ke SKBRU semula untuk mendaftar dalam persatuan bekas pelajar SKBRU agar dapat memberi sumbangan kepada adik-adik pelajar.Anda boleh mendaftar kepada kerani bila-bila masa.Untuk makluman sekolah kita telah diiktiraf sebagai sekolah kluster Malaysia

Anonymous said...

sy jga bekas pelajar skul nie...mmg best la skul ni ...syabas kt guru besar sb mberi perubahan besar untuk kejayaan skolah kite...sy batch akhir 2000... cikgu2 lain pun byk berusaha. bangga betullah...syabas tau...keep up the good work

Roy

adrin_malina said...

Saya batch 82/87. Masa sekolah dulu tak adalah famous sangat tapi tiap kali penyampaian hadiah, ada la saya naik amik dua ke tiga hadiah.
Masa darjah enam dulu saya tak berapa suka dengan cikgu Talib yang mengajar saya English sebab dia suka cakap lucah.
Saya paling suka cikgu Abu Samah. Dia guru kelas saya dulu. Pernah la dia piat telinga saya sebab menjerit dalam kelas (budak pompuan yang menyebabkan saya menjerit tu sekarang dah jadi polis). Kemudian bila saya dapat markah Math paling tinggi, dia bagi saya duit belanja. Hahaha...
Lepas habis sekolah saya ada mengajar sekejap murid tahun 6 kat sekolah ni sebagai guru ganti selama 3 bulan dan ada murid saya tu yang cuba tackle saya waktu tu. Tapi sampai sekarang diorang masih panggil saya cikgu kalau terjumpa kat kampung.
Panjang pula komen saya kat sini. Teringin nak register kat sekolah tapi balik kampung selalunya waktu cuti je. Kalau boleh register online lagi senang.

Nor Azrina binti Rusly
Affin Investment Bank Berhad
Klang, Selangor
013-2429624
azrina@affinsecurities.com.my
diazsha75@yahoo.com
http://diazsha.blogspot.com
http://ilhambometh.blogspot.com
http://adrinmalina.blogspot.com

Anonymous said...

http://insuranceinstates.com/california/San%20Diego/Dave%20Mc%20Kee/92101/